PANDUAN MENGISI BORANG T6BKK

 

1. Borang T6BKK ini adalah untuk murid Sekolah Bantuan Kerajaan yang hendak membuat rayuan memasuki Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2020 kecuali Murid Berkeperluan Khas (MBK) dan calon yang telah mengisi permohonan secara dalam talian.

2. Borang ini hendaklah disertakan bersama-sama dengan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti yang berikut:

a. Keputusan peperiksaan SPM 2019,
b. Sijil kelahiran,
c. Kad pengenalan/pasport,
d. Sijil Berhenti Sekolah,
e. Pelaporan PAJSK; dan
f. Dokumen-dokumen lain yang berkenaan.

3. Tarikh tutup permohonan adalah pada 14 Julai 2020. Permohonan yang lewat tidak akan dipertimbangkan.

4. Pertimbangan hanya diberikan kepada permohonan yang memenuhi syarat-syarat yang berikut:

a. Lulus dalam peperiksaan SPM 2019 dengan memperoleh pencapaian akademik yang telah ditetapkan dan pelibatan dalam kegiatan kokurikulum;
b. Memperoleh kepujian dalam Bahasa Melayu dan dua kepujian lagi dalam mana-mana mata pelajaran lain; dan
c. Tidak melebihi had umur yang ditetapkan dalam syarat am.

5. Kelulusan permohonan ini juga bergantung pada kekosongan tempat belajar.

6. Semakan keputusan rayuan boleh dibuat menerusi portal Aplikasi Dalam Talian Tingkatan Enam, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (https://sst6.moe.gov.my/) bermula dari 15 Julai 2020.

7. Murid hendaklah melapor diri mulai 15 Julai 2020 dan selewat- lewatnya dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja. Sekiranya calon tidak melapor diri dalam tempoh yang ditetapkan, calon dianggap menolak tawaran.

8. Borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan. 

Download Borang  T6BKK