|
PANDUAN MENGISI BORANG T6BCP 1. Borang T6BCP (LAMPIRAN 3) ini adalah untuk CALON PERSENDIRIAN, SEKOLAH SWASTA dan SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI yang memohon memasuki Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2020 di sekolah menengah bantuan penuh kerajaan. 2. Borang ini hendaklah disertakan bersama-sama dengan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti yang berikut: a. Keputusan peperiksaan SPM 2019; 3. Borang ini hendaklah dikembalikan ke Bahagian (kecuali Sekolah Menengah Harian)/JPN/PPD yang berkenaan. 4. Tarikh tutup permohonan adalah pada 14 Julai 2020. Permohonan yang lewat tidak akan dipertimbangkan. 5. Pertimbangan hanya diberikan kepada permohonan yang memenuhi syarat-syarat yang berikut: a. Lulus dalam peperiksaan SPM 2019 dengan memperoleh pencapaian akademik yang telah ditetapkan; 6. Kelulusan permohonan ini juga bergantung pada kekosongan tempat belajar dan rekod disiplin yang baik. 7. Keputusan permohonan akan dimaklumkan oleh Bahagian (kecuali Sekolah Menengah Harian)/JPN/PPD kepada semua calon. 8. Borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
KRITERIA PENGAMBILAN CALON PERSENDIRIAN, SEKOLAH SWASTA DAN SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI KE TINGKATAN ENAM SEMESTER 1 TAHUN 2020 BAGI SEKOLAH MENENGAH HARIAN. a. Calon yang memohon untuk memasuki Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2020 hendaklah menggunakan Boran T6BCP dan mengemukakannya ke JPN/PPD yang berkenaan. b. Permohonan yang diluluskan hendaklah memenuhi syarat-syarat kelayakan. c. Kelulusan permohonan bergantung pada kekosongan tempat belajar dalam bidang yang dipohon. d. Calon yang telah menduduki peperiksaan STPM pada satu-satu semester di sekolah swasta tidak boleh menyambung semula pengajian semester berikutnya di sekolah kerajaan. e. Calon berkenaan boleh merayu ke sekolah kerajaan pada tahun berikutnya bermula dengan Semester 1 tertakluk pada syarat-syarat kemasukan murid ke Tingkatan Enam Semester 1 yang ditetapkan.
|
|
|